Testimoni

Pengumuman

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2

Hubungi Kami

Sabjack Resources Sdn. Bhd (807969-A)
Lot 114, Tingkat 2, Puteri Park Plaza, Taman Putra, 68000 Ampang, Selangor.

Tel: +603 4297 9109
Fax: +603 4297 8985
Email : admin@sabjack.com.my

Pautan

blogger
sabjack
utusan
star
Rakaniaga
STRUKTUR RAKANIAGA SABJACK UNTUK JUALAN PRODUK
PENGENALAN
Sistem Pemasaran yang di jalankan oleh Sabjack Resources Sdn Bhd merupakan suatu inovasi terhadap sistem pemasaran yang mengabungkan kebaikan sistem Ceramah Kesihatan & Rawatan, Peruncitan  dan ”Networking”.  Gabungan sistem ini mengujudkan suatu sistem yang lebih inovatif serta berdaya saing.  Syarikat juga menyediakan Pelan Pendidikan dan Latihan yang bersepadu dalam usaha membina rangkaian usahawan tulen. USAHAWAN berpeluang untuk meneruskan karier mereka jika berminat sehingga membina Pusat Rawatan Holistik Sabjack. Pendidikan dan latihan akan dikendalikan jika minat sehingga ketahap Diploma. Setiap Pusat Rawatan Sabjack akan mempunyai seorang Pengamal Rawatan Holistik Terapi yang akan diiktiraf.

STRUKTUR PENGEDARAN
Struktur pengedaran produk Sabjack meliputi tiga peringkat iaitu Rakaniaga Mahkota, Delima dan Zamrud. Stuktur pengedaran ini bertujuan untuk mengoptimakan proses pengedaran produk dan perkhidmatan kepada para pengguna.

Rakaniaga Mahkota

Syarat menjadi Stokis Mahkota adalah pembelian pukal pertama produk Sabjack   sebanyak RM5,880.  Jumlah kiraan berdasarkan selepas diberi potongan 30% dari harga pasaran. Jumlah RM5,880-00 ini sah dan terpakai sehingga 31-12-2009  

Pendapatan yang boleh di perolehi adalah 30% dari harga pasaran produk 

Rakaniaga Delima 

Syarat menjadi Stokis Delima adalah pembelian pukal pertama produk Sabjack   sebanyak RM20,160.  Jumlah kiraan berdasarkan selepas diberi potongan 40% dari harga pasaran. Jumlah RM20,160-00 ini sah dan terpakai sehingga 31-12-2009.                                                                                               

Pendapatan yang boleh di perolehi adalah 40% dari harga pasaran produk. Rakaniaga Delima boleh menjual kepada Rakaniaga Mahkota dengan keuntungan 10%. 

Rakaniaga Zamrud 

Syarat menjadi Stokis Zamrud adalah pembelian pukal pertama produk Sabjack   sebanyak RM36,960.  Jumlah kiraan berdasarkan selepas diberi potongan 45% dari harga pasaran. Jumlah RM36,960-00 ini sah dan terpakai sehingga 31-12-2009   Pendapatan yang boleh di perolehi adalah 45% dari harga pasaran produk. Rakaniaga Zamrud boleh menjual kepada Rakaniaga Mahkota dengan keuntungan 15 %  dan kepada Rakaniaga Delima dengan keuntungan  5 %                                             

”JAMINAN HABIS JUAL”  UNTUK TEMPOH TIGA BULAN BAGI BELIAN PERTAMA 

Yang istimewa sekali pengurusan Sabjack MENJAMIN bahawa BELIAN PERTAMA PRODUK rakaniaga tersebut akan habis dijual melalui aktiviti-aktiviti  ceramah kesihatan dan jualan bersama rakaniaga tersebut. Walaubagaimanapun ini tertakluk kepada kegiatan yang diaturkan oleh rakaniaga secara segera dan bersepadu didalam tiga bulan pertama ini. Jaminan habis jual Ini diberikan untuk mengelakkan rakaniaga mengalami kerugian dan hanya menyimpan stok tetapi tidak melakukan aktiviti jualan.

JAMINAN HABIS JUAL ini diberikan dengan syarat bahawa rakaniaga melakukan dengan tekun aktiviti berikut :

A. Aktiviti jualan melalui pameran atau expo – sekali dalam tempoh tiga bulan  

Rakaniaga atau wakilnya MESTI menyertai satu pameran atau expo ditempat mereka beroperasi sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh jaminan tiga bulan ini. Ini ialah untuk tujuan pengiklanan dan sebaran am kepada pasaran setempat mengenalkan kaedah rawatan holistik terapi SABJACK dan bahawa rakaniaga tersebut mengawal pasaran ditempat tersebut. Syarikat akan turut serta supaya mengkukuhkan strategi pemasaran ini.  

B. Aktiviti Ceramah Kesihatan : -

  • 3 kali dalam tempoh tiga bulan  untuk Stokis Mahkota.          
  • 6 kali dalam tempoh tiga bulan untuk Stokis Delima.          
  • 9 kali dalam tempoh tiga bulan untuk stokis Zamrud.
Kesemua rakaniaga MESTI menganjurkan Ceramah Kesihatan sebagai cara asas untuk jualan produk. Dengan pendidikan kesihatan ini, pendengar akan lebih memahami akan mengapa mereka perlu menjaga kesihatan jangkapanjang sendiri. Maka dengan sendirinya ini memudahkan proses jualan oleh rakaniaga. Keperluan untuk ceramah seperti berikut :
  1. Perlu buat tempahan tarikh ceramah tersebut dua (2)  minggu sebelum tarikh ceramah.
  2. Pendengar Baru minimum  20 orang dewasa.
  3. Tiada gangguan bising kenderaan.
  4. Kawalan keatas kanak-kanak yang hadir. Jika tiada kanak-kanak hadir lebih baik.
  5. Tempat selesa untuk rawatan kesihatan.
  6. Ada dinding putih atau layar untuk tempat pancar projector.
  7. Ada power point yang mencukupi.
  8. Jika ada PA sistem lebih baik.
  9. Selesa untuk pendengar ceramah memberikan tumpuan kepada isi ceramah tersebut. Kawalan perkara-perkara  diatas akan menentukan jualan lebih baik. Amaran : Sekiranya rakaniaga membatalkan ceramah atau tiada pendengar BARU minimum 20 orang hadir  maka Syarikat boleh meminta rakaniaga tersebut untuk menanggung kos Penceramah sebanyak RM300-00 ( Lembah Kelang) dan RM600-00 ( Luar dari Lembah Kelang) kerana gagal menjalankan aktiviti ini dengan baik.

C. ”Home Party ” – seberapa kerap yang perlu 

Rakaniaga akan di latih mengendalikan ‘Home Party’ dan menyampaikan sendiri ceramah kesihatan mengikut tajuk semasa. Kelebihan ini akan dapat membantu rakaniaga membuat jualan secara berterusan. Syarikat juga boleh meminjamkan penceramah syarikat dari semasa ke semasa, atas permintaan rakaniaga tetapi dengan kadar bayaran yang ditetapkan.

LATIHAN 
Dari semasa ke semasa Syarikat akan mengadakan kursus berbayar untuk meningkatkan tahap pengetahuan rakaniaga tentang rawatan holistik terapi supaya dapat meningkatkan jualan. Kekerapan kursus bergantung kepada permintaan dan lokasi dimana ada ramai pelanggan Sabjack. Antara kursus disediakan oleh Syarikat ialah : 
  1. Kursus Pemakanan : “Makanan,Pencemaran Badan,Penyakit Anda Dan Rawatannya”
  2. Kursus Bengkel Produk (1 silibus)
  3. Kursus Pidato dan Produk (2 silibus)
  4. Kursus Elemen Nombor dan Kesihatan
  5. Kursus Sistem Badan,Anatomi dan Praktikal (7 silibus)
  6. Kursus Tanda Badan Dan Penyakit dan praktikal  (2 silibus)
  7. Kursus Iridologi dan Praktikal (7 silibus)
  8. Kursus Rawatan Holistik Terapi dan Praktikal (10 silibus)
Rakaniaga yang layak akan dijemput oleh syarikat untuk menyertai kursus-kursus ini kelak.  

POLISI PERTUKARAN PRODUK 
Kadangkala rakaniaga mempunyai lebihan sesuatu produk kerana mungkin pilihan produk tidak berapa tepat dengan keperluan pembeli setempat. Syarikat membenarkan tukaran produk dilakukan tetapi tiada pulangan wang tunai akan dibenarkan.

Untuk pulangan produk, produk perlu di dalam keadaan baik dan tidak luput tarikh guna.  Borang pulangan produk perlu di isikan untuk rekod. Pulangan produk hanya boleh dilakukan sekali dalam tempoh dua bulan, tertakluk kepada polisi syraikat yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 

*** SKIM REBET KHAS UNTUK RAKANIAGA MAHKOTA SAHAJA  


Mulai Julai 2009, rakaniaga Mahkota akan berhak mendapat rebet 3% dari jumlah belian produk bagi setiap bulan, asalkan jumlah belian mereka melebihi RM800-00. Rebet ini akan dibuat pada bulan berikutnya selepas belian dibuat.

Umpamanya, belian bulan Julai 2009 akan dapat rebet tunai pada bulan Ogos 2009.    

PRODUK 
Produk untuk dibeli boleh dipilih oleh rakaniaga mengikut kumpulan sasaran perniagaan rakaniaga masing-masing.  Sila rujuk Senarai Produk Sabjack seperti diLampiran disini. 

Terimakasih diatas minat anda untuk menyertai keluarga niaga SABJACK.