|
MAKANAN, PENCEMARAN BADAN, KESIHATAN ANDA DAN RAWATANNYA 1. Objektif
Objektif ceramah mendedahkan kepada umum bahawa gaya hidup manusia yang diikuti dewasa ini akan menyebabkan timbulnya pelbagai masalah kesihatan yang menjejaskan kualiti hidup mereka. Pendengar akan mengetahui bahawa jika tidak betul cara pemakanan dan minuman serta pula keadaan alam sekitar tercemar dll membawa impak negatif kepada badan mereka. Walaubagaimanapun, terdapat kaedah perubatan moden, holistik dan alternatif yang boleh digunapakai oleh mereka untuk tujuan rawatan.
Pencemaran Makanan, Pencemaran Badan (Radikal Bebas) dan Masalah Kesihatan ANDA.
Sessi ini akan menerangkan kepada peserta, mengapa kita perlu kepada pemakanan dan minuman yang menepati keperluan badan manusia. Sessi akan menerangkan cara dan mengapa perlu mengelak pemilihan makanan dan minuman tidak sesuai, ancaman radikal bebas dan pencemaran alam berterusan. Sessi juga menerangkan bahayanya jika pencemaran yang masuk kedalam sistem dan organ utama badan manusia badan tidak di atasi dalam masa 24 jam. 2. Kumpulan Sasaran Pendengar
Mereka yang utamakan kesihatan.
Ceramah ini dapat membantu mereka yang mengutamakan kesihatan lebih mengenali kebaikan dan keburukan pola pemilihan dan cara pemakanan mereka serta gayahidup sihat yang optimum.
Lelaki dan Suami.
Ceramah mendedahkan pilihan pakaian yang sesuai bagi lelaki untuk menjaga sistem peranakan lelaki. Ramai lelaki tidak mengambil berat tentang kesesuaian pakaian mereka dengan sistem peranakan mereka. Maka dewasa ini kerap didapati masalah Sakit Tuan begitu ketara. Ramai lelaki tidak menyedari bahawa mereka telah hampir kepada masalah seperti Mati Pucuk, Lemah Syahwat, Andropaus, cepat klimak dan benih tidak mencukupi. Mengikut laporan dari akhbar Berita Harian 22hb Feb 2005 bahawa “Terdapat 70% lelaki di Malaysia menghadapi masalah Mati Pucuk”. Pengetahuan yang cukup dapat membantu kaum lelaki menurunkan kadar penceraian yang berpunca dari masalah seksual. Lelaki dan suami jika menghadapi masalah sebegini kerap menghadapi masalah di tempat kerja lantaran tekanan dan ketidakpuasan seksual yang dihadapi dirumah akan terbawa-bawa ketempat kerja. Prestasi kerja boleh terjejas dan melibatkan organisasi dimana dia bekerja mengalami masalah perkhidmatan yang lembab dan gagal mencapai sasaran matlamat majikan.
Wanita dan Isteri
Sudah menjadi kebiasaan sekarang ramai wanita bergelar isteri sekaligus juga adalah ahli korporat, usahawan ataupun kakitangan di perkhidmatan awam / swasta. Dalam kesibukan harian , pemakanan yang salah dan masalah radikal bebas sering mengganggu tahap kesihatan kepada mereka. Pemakanan yang tersedia dipasaran mungkin memudahkan kerja para wanita dan isteri tetapi akan melemahkan sistem badan manusia. Ancaman gangguan radikal bebas, alat perancang keluarga peranakan wanita, alat solek dan pakaian dalam, kasut dan lain-lain lagi juga boleh menjejaskan prestasi badan mereka. Apabila prestasi kesihatan menurun, prestasi kerja akan terjejas. Layanan kepada suami hambar dan kemampuan menghadapi karenah anak–anak tidak dapat diatasi, walaupun masalahnya sebegitu kecil. Di tempat bekerja pula,mereka tidak mampu mencapai potensi maksima kerana masalah kesihatan mereka telah mengganggu kedua – dua institusi asas yang memerlukan khidmat wanita tersebut. Perlu diingatkan bahawa masakini lebih ramai wanita dan isteri bekerja di bahagian utama dengan tanggungjawab yang berat di kebanyakan organisasi di Malaysia.
Pengamal Diet
Mereka yang perlu mengamalkan diet yang sihat juga akan mendapat tips memilih makanan yang lebih sesuai dengan badan mereka dan meninggalkan makanan yang berpotensi melemahkan sistem badan mereka.
IbuBapa
Maklumat ceramah mampu untuk membantu ibubapa mengenalpasti lebih awal masalah kesihatan anak-anak mereka dan merancang dengan lebih baik kehidupan seharian keluarga dan pemakanan agar dapat mengelak masalah penyakit dan lemah ketahanan sistem badan anak – anak.
Bina Usahawan Herba
Ceramah ini juga akan memberi panduan kepada bakal-bakal usahawan herbal dan pengamal rawatan herbal untuk meningkatkan kesihatan dan makanan. Ini akan menambah daya maju syarikat mereka.
"Herba sebagai perubatan alternatif untuk peningkatan tahap kesihatan anda" Ceramah ini mencadangkan pendengar dengan segera mengubah cara hidup untuk mendapat kualiti hidup yang lebih baik. Jikalaupun mereka tidak mampu untuk berubah atau mencari sistem pemakanan yang sesuai, fakta-fakta dari ceramah ini akan memberikan sedikit maklumat tentang herba-herba yang sesuai diamalmakan. Perserta diajak kembali ke alam semulajadi “Back to Nature” yang seringkali telah dijadikan slogan hidup negara–negara maju.
KESIMPULAN Kesimpulannya, matlamat ceramah kami untuk berkongsi ilmu membantu memulihkan tahap kesihatan rakyat Malaysia yang sekarang berada di tahap sangat rendah. Melalui cara mudah dengan kaedah pemakanan & minuman, kawalan persekitaran hidup yang betul dan herba sebagai asas kesihatan, mereka mampu membuat pilihan bijak untuk meningkatkan taraf kesihatan mereka, mengelak dari penyakit kronik dan memulihkan kualiti hidup mereka yang hambar.
|