Testimoni

Pengumuman

Kalendar Aktiviti

S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2
Email Rakan

Hubungi Kami

Sabjack Resources Sdn. Bhd (807969-A)
Lot 114, Tingkat 2, Puteri Park Plaza, Taman Putra, 68000 Ampang, Selangor.

Tel: +603 4297 9109
Fax: +603 4297 8985
Email : admin@sabjack.com.my

Produk Sabjack


Rawatan Holistik Terapi

Setelah pesakit didedahkan dengan masalah kelemahan organ dalaman,penyakit yang dihadapi,kelemahan cara pemakanan,persekitaran yang tidak baik,maka pengamal akan membuat kesimpulan dan konsultasi baik pulih terhadap pesakit.Jika pesakit masih gagal atau tidak dapat mengikut cadangan baik yang disyorkan,maka pengamal akan memperkenalkan BANTUAN PEMAKANAN SABJACK. Pengamal akan memberi pemakanan secara Holistik atau keseluruhan.Pesakit akan mendapati masalah kesihatan akan bertambah baik secara serentak dan menyeluruh.
PASANGAN TIDAK DAPAT ANAK - BAHAGIAN 1
Kadangkala pasangan suami isteri telah membuat pemeriksaan di klinik dan di beritahu oleh doktor bahawa mereka berdua tiada masaalah mendapat zuriat.  Tetapi hakikatnya isteri masih tidak mengandung walau berbagai usaha telah diambil.  Masaalah kesuburan boleh berlaku kepada pihak suami, isteri atau kedua-duanya sekali. Faktor kesuburan lelaki bergantung kepada keupayaan tenaga melakukan hubungan seks atau hadirnya masaalah kuantiti sperma yang tidak cukup. Ia mungkin juga kerana masaalah kualiti sperma yang tidak berbentuk normal atau sperma itu tidak upaya untuk berenang mengjangkau ke ovum isteri.

Proses penghasilan sperma lelaki dipengaruhi oleh tahap kesihatan dan juga rembesan hormon lelaki. Pihak suami perlu elakkan minuman beralkohol dan juga awasi kesan dari merokok.  Jangan pakai seluar dalam yang ketat mirip seluar dalam wanita kerana ia mengganggu proses kesuburan dan jumlah sperma yang dihasilkan.. Bagi wanita pula, kesuburan bergantung kepada masaalah ovulasi, kehadiran masaalah endometriosis dan juga faktor umur. Kadangkala badan wanita menghasilkan antibodi bertindak negatif terhadap sperma dan ovum.  Pada umumnya kesuburan kaum wanita banyak dipengaruhi oleh pengeluaran horman yang tidak stabil kerana salah pemakanan dan amalan gaya hidup yang tidak sihat.  Faktor emosi negatif juga seperti cepat marah, berdendam atau kuat merajuk , banyak mempengaruhi rembesan hormon dan ovulasi.

 
sabjack utusan
star blogger